Seminar Bangkit Berani 2018

by - Wednesday, September 19, 2018

Assalamualaikum, untuk pengetahuan, Wana baru je balik dari Seminar Bangkit Berani yang diadakan untuk usahawan MMG yang baru dan yang dah lama bermula. Seminar diadakan selama 2 hari 1 malam di Pasific Regency Hotel Suites, KL.


Dapat jugak merasa bermalam di Pacific Regency Suites Hotel, KL. Bukan biasa2. Makan pulak 4 5 kali sehari. Kalau nak keluar duit untuk bercuti di hotel 4 5 star saja2 memang rasa berkira sangat. Tapi demi untuk kaut ilmu luar biasa, ON je!



Bilik sangatlah selesa. View pun cantik. Semuanya 100% diatur oleh salah seorang AJK hebat MMG, iaitu DSM Norul. Kecil molek orangnya tapi hebat kendalikan tanggungjawab demi MMG team. Kalau nak pergi seminar di luar, tentulah terdiri daripada usahawan yang berlainan bisnes, bayaran pun confirm tinggi. Tapi di Seminar Bangkit Berani, pandang kiri kanan, semuanya usahawan hebat MMG. Bayaran pendaftaran pula berbaloi. Sangat sangat berbaloi kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang kami dapat sepanjang 2 hari seminar berlansung. Makan pun sedap, bilik pun selesa.. TERBAIK!!

Dipendekkan cerita...

15 Sept 2018, Hari pertama SEMINAR BANGKIT BERANI 2018


Mudah Menjemput Rezeki oleh CDM Hamisah Alias


CDM hjh banyak kongsikan amalan amalan menjemput rezeki. Terasa macam mak nasihatkan anak. Bermula dari solat, sampailah ke niat berbisnes. Pesan CDM Hajah, "kita tak kuat. Yang kuat tu Allah".



Lain rasanya bila kita duduk beramai-ramai dalam satu dewan, hadiri seminar BISNES, dalam pada masa yang sama dikongsikan pula ilmu bekalan akhirat. Siapa sangka, kami semua dihadiahkan tasbih, buku al-mathurat dan helaian kertas yang ada 99 nama-nama Allah. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada CDM kesayangan kami ini..


Penetapan Impian dan Matlamat oleh DDM Zaer

 

Wana memang jarang berkomunikasi dengan DDM Zaer. Jadi bila DDM Zaer berkongsi di depan, memang Wana beri focus 100%, lagi2 dengan topik yang dikongsikan.

Tak kiralah banyak mana masalah yang datang menimpa dalam pada kita berusaha nak capai sesuatu impian tu, pesan DDM Zaer,  

"Jangan biarkan masalah jadi halangan untuk capai impian dan matlamat" 

Dalam masa 4 bulan ni, target kami dalam MMG Team tak lain tak bukan, cuma KUNMING! Bila qualify KUNMING, bonus confirm besar dan Pangkat cepat siap! Semoga Allah permudahkan urusan kami. Sesungguhnya, Allah lah sebaik-baik perancang.

Ada apa pada Kunming ni sebenarnya? Untuk yang biasa2 macam Wana, Wana pasti nak capai sesuatu yang luar biasa! Iaitu,
  • Pangkat cepat siap
  • Bonus besar
  • Pengalaman baru
  • Penuh kepuasan
  • Kenangan manis seumur hidup


Berani Berkongsi oleh CDM Hj Badrol Hisham

  

Untuk orang baru macam Wana, topik yang CDM Badrol kongsikan memang rupanya salah satu topik yang Wana perlukan. Biasalah dalam hidup ni kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia. Tak kurang juga dalam bisnes.

CDM Badrol banyak kongsikan tips dalam kendalikan customer mengikut situasi. Selain tu, beberapa kumpulan yang terdiri daripada beberapa peserta dijemput ke depan untuk berlakon atau adakan simulasi ketika berkongsi. Melalui simulasi mereka, Wana banyak sangat dapat idea2 baru. Bila dapat idea je kepala terus terbayang muka prospek untuk di follow up. Semoga Wana terus positif dan semakin berani untuk berkongsi. 


Media Sosial oleh CDM Sha Khalid


Kalau nak pergi seminar online di luar sana, belum tentu Wana faham apa yang disampaikan dari A-Z. Jadi, bertuahnya kami ada CDM Sha yang sudi kongsikan tips dan tricks dalam menggunakan media sosial.

Bukan tu je, CDM Sha juga kongsikan cara beliau follow up customer. Haaa best kan? Bukan Wana je mudah faham. Kakak-kakak senior pun senang tangkap. Biasalah sekarang ni kan semua di hujung jari.. 

_________________________________________________________________


16 Sept 2018, Hari kedua SEMINAR BANGKIT BERANI 2018.

#ProjekRM1000Sehari oleh CDM Naa Kamaruddin



Projek 1000 sehari memang mudah kalau kita tahu stepnya. Bila dengar perkongsian dari CDM Naa, terus terdetik ohhhh senang je rupanya. Selama ni rasa macam 1000 tu berat sangat nak buat dalam tempoh masa sehari.


Sistem Agen oleh CDM Zakiah


Ramai di antara kita yang masih kurang jelas tentang The Power of Networking. Dalam MMG, mentor kami sentiasa terapkan prinsip bisnes berjemaah. Semakin besar kumpulan kita, semakin besar sale kita. Ibarat kita buka branch lah. Jadi, tak perlu takut.. semuanya di buat secara berjemaah dan bukan sorang2. Paling best, shopping di stokis pun secara berjemaah.


#MMGRoadToKunming oleh CDM Hamisah


Inilah CDM hebat kami, CDM Hajah Hamisah yang sudah 13 tahun berpengalaman berbisnes bersama SHOM. Inilah bisnes pertama beliau sejak 13 tahun yang lalu. Asalnya guru pemulihan je.. Siapa sangka, beliau juga mampu jadi seorang yang luar biasa. 

Terpegun setiap kali CDM Hamisah ceritakan pengalaman beliau yang dah travel ke lebih daripada 30 buah negara bersama suami FULLY SPONSORED by SHOM. 

Kalau CDM Hajah Hamisah boleh, Wana pun boleh!

----------------------------

Keluar je dari dewan seminar, bahang nak ke Kunming masih terasa sampai ke hari ini. Seminar yang sangat luar biasa. Bukan je dapat ilmu yang berlipat ganda. Ukhuwah sesama MMG pun makin erat. Ada yang dari utara, dari selatan, sekitar lembah klang, dan juga Sabah Sarawak.

Sungguhlah masing2 perlu tempuh cabaran nak ke seminar. Tapi sebabkan semangat nak kaut ilmu, tak kisah dah apa jadi pun tetap nak sampai ke Seminar Bangkit Berani. Maklumlah, bukan selalu kami dapat berkumpul ramai2 begini selama 2 hari 1 malam untuk ilmu yang luar biasa. Dari yang sekadar Like dan Comment di Facebook, akhirnya dapat juga bersua muka di seminar. 

Wana gembira berada dalam MMG group. Bertuahnya kami kerana dipertemukan dengan pemimpin yang sentiasa sudi pimpin kami sampai siap. Semoga ilmu yang kami peroleh dapat kami manfaatkan. Tak kurang juga dengan sahabat2 MMG yang sentiasa sudi share idea, beri kata2 semangat dan mendoakan antara satu sama lain.

Syukur sangat Wana dipilih dan memilih untuk sama2 sertai Seminar Bangkit Berani. Semoga Wana dan sahabat terus bangkit menuju kejayaan. 2 tiket KUNMING bakal jadi milik MMG Team! Amin ya rabb 



Jadi, tak perlu tunggu lama2. Nak dapatkan tiket KUNMING? Jom mula sekarang! 

Bermula dengan RM47 je | 2 income sebulan

#MMGgroup | #BusinessStyleMMG | #ProjekRM1000Sehari


_________________________________________________________________

Sekitar Seminar Bangkit Berani selama 2 hari 1 malam



Barisan pemimpin MMG















MMG team bersama Sifo CDM Cschan













Videographer kami, DDM Ashraf



Emcee hebat kami sepanjang 2 hari, DDM Zuraida


























Bersama mentor kami CDM Hamisah Alias dan biz partner tersayang

Dalam bisnes apa sekalipun, penting untuk kita ada sifo dan mentor untuk dirujuk dan yang sentiasa sudi hulur tangan untuk memberi khidmat panduan. Melalui seminar Bangkit Berani juga Wana dapat banyak tips dan tricks yang berguna, idea yang baru, dapat tambah keberanian untuk berkongsi kebaikan dan manfaat produk SHOM, dan yang paling utama ialah keberanian untuk berkongsi peluang tambah rezeki keluarga via #BusinessStyleMMG.

Jadi, tak perlu tunggu lama2. Nak dapatkan tiket KUNMING? Jom mula sekarang! Wana guide A-Z. 

Bermula dengan RM47 je | 2 income sebulan

#MMGgroup | #BusinessStyleMMG | #ProjekRM1000Sehari


You May Also Like

0 Comments